Insya-Allah,ini dia
bakal Salahuddin yang kedua.
Saya mulakan dengan beberapa potong hadis dan ayat2 Al-quran yang bernada
ancaman kepada orang-orang tertentu.
''Barangsiap yang tidak peduli akan urusan umat Islam,maka dia bukanlah dari golongan kami''(Hadis Nabi S.A.W)
''Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahannam kebanyakan dari jin dan manusia,mereka mempunyai
hati,tetapi tidak dipergunakan untuk memahami(ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai
mata(tetapi) tidak dipergunakanya untuk melihat(tanda-tanda kekuasaan Allah),dan mereka mempunyai
telinga(tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar(ayat-ayat Allah).Mereka itu sebagai
binatang ternak,bahkan mereka
lebih sesat lagi.Mereka itulah orang-orang yang
lalai''(Al-A'raf,ayat179).
Tidak berasa terancamkah kita dengan peringatan2 yang telah sekian lama diperingatkan kepada kita.Isu Palestin bukan isu lama.Ia merupakan suatu agenda yang akan menyatukan umat Islam seluruh dunia.Mungkin kita tidak mampu berperang,tetapi menjadi
kewajipan bagi kita untuk memberi penerangan kepada umat Islam yang lain akan perjuangan menyelamatkan
Al-Quds ini.Alhamdulillah,kalau kita tengok mana2 blog,pasti akan menceritakan tentang isu Palestin ini.,tidak terkecuali blog ini.
Alhamdulillah,Pada kali ini ana telah menyertai
Rapat Umum selamatkan Gaza!!.Ana bergerak dibawah angkatan Haluan.Memang dasyat sekali pada rapat umum ini dimana beribu-ribu umat Islam berkumpul seperti satu bala tentera yang sudah bersiap siaga untuk berperang menentang Yahudi Laknatullah.Perhimpunan ini turut disertai oleh beberapa Ketua Masyarakat dari PAS,PKR dan UMNO.Turut serta beberapa
NGO seperti ABIM,ISMA,Aman Palestin dan lain2.
Kenapa Allah pilih Palestin,kenapa tidak kita di Malaysia,cuba kita fikirkan,kalau ditempat kita ada peperangan,mampukah kita berlawan,akan munculkah pejuang2 seperti di Palestin.Yang ada cuma mat rempit,mat pet,mat ganja dan lain2 mat lagi.
''Barangsiapa yang melihat
kemungkaran hendaklah dia
mencegahnya dengan
tangan,kalau tidak mampu dengan
mulut,kalau tidak mampu lagi dengan
hati,dan mengubah dengan hati merupakan
selemah-lemah iman''(hadis Nabi S.A.W)
sama-samalah kita fikirkan,dimanakah tahap iman kita berada.Tentu sekali kita tidak mahu taraf selemah-lemah iman.
Hanya ada dua kesudahan..
mati syahid atau kemenangan.
Dengan
Darah!
Dengan
Nyawa!
Akan Kami bebaskan Al-Aqsa.