Reuni0n Kami





Alhamdulillah,pada tahun ini berjaya jugak kami membuat reunion.Destinasi pilihan kali ini ialah di Raub,Pahang.Tempat ini agak berbeza dengan reunion pada tahun-tahun lepas dimana destinasi kali ini lebih menarik dan mencabar,sesuai untuk golongan lelaki.Kami merupakan pelajar2 lepasan Sekolah Rendah Ibn Kathir badge yang ke-?....dah lupa.Bilangan kami sungguh kecil,pada tahun enam sahaja pelajar lelaki hanya seramai 7 orang,perempuan plak seramai...dah lupa.Agak sedih jugak kerana pada siri reunion kali ini terdapat beberapa sahabat tidak dapat ikut serta disebabkan beberapa faktor yang tidak duketahui..haha.Mereka ialah Azfar,A.Rahman dan Naufal.

Bagaimanapun,tanpa diundang Aslam telah j0in kami...haha.Dia ni kawan baru kami.Ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki dia tempat ini.Tempat yang dimaksudkan ialah Kela Adventure camp,dimana pelbagai aktiviti lasak disediakan seperti berakit.Tempat ini juga merupakan kampung halaman ustaz tercinta kami iaitu ustaz Abdul Fattah.Erm..sebenarnya kami tak dapat pon naik rakit..haha,disebabkan kos yang terlalu mahal.Tetapi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pakcik yang menguruskan tempat ini kerana memberikan layanan yang istimewa dan memberi kami makan tanpa sebarang bayaran.
Pakcik yang baik ini telah memberi kami sebuah donut besar yang mampu memuatkan lima orang pada satu-satu masa...haha,sebagai ganti bagi rakit.Erm..best jugak naik donut besar tu.

Pada malam hari plak,tiada sebarang aktiviti.Cuma berehat di pondok sambil menikmati makanan ringan yang dibawa dari rumah dan bersembang-sembang tentang diri masing-masing.Suhu dekat sini boleh dikatakan seperti cameron highland kot.Memang sejuk.

Lupa plak nak bagi tau tentang guru pengiring kami.Guru pengiring kami tidak lain dan tidak bukan U.khairan bersama temannya U.fadhil.U.khairan ni memang seorang guru yang peramah dan baik hati tetapi agak tegas dan sempoi...hehe.U.khairan akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun hadapan.Kami d0akan beliau bahagia selamanya.

Semoga dengan program ini dapat mengeratkan lagi ukhwwah diantara kita,
walau dimanapun kita belajar dan berada,
selagi ia kekal di dalam d0a,
ia kekal abadan abada..

Khas buat teman2ku yang dirindui..

Azfar-Berniaga
Naufal-MATRI
Huzaifah-MATRI
A.Rahman-Maahad Darul Anuar
Syukri-MRSM
Wafiy-SAMBEST
IslamiBaik-???

p/s:Kepada tuutt.. jgn jelezzz..haha

0 comments: