Tentera Muhammad Akan Kembali !!



Insya-Allah,ini dia bakal Salahuddin yang kedua.



Saya mulakan dengan beberapa potong hadis dan ayat2 Al-quran yang bernada ancaman kepada orang-orang tertentu.

''Barangsiap yang tidak peduli akan urusan umat Islam,maka dia bukanlah dari golongan kami''(Hadis Nabi S.A.W)

''Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahannam kebanyakan dari jin dan manusia,mereka mempunyai hati,tetapi tidak dipergunakan untuk memahami(ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata(tetapi) tidak dipergunakanya untuk melihat(tanda-tanda kekuasaan Allah),dan mereka mempunyai telinga(tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar(ayat-ayat Allah).Mereka itu sebagai binatang ternak,bahkan mereka lebih sesat lagi.Mereka itulah orang-orang yang lalai''(Al-A'raf,ayat179).


Tidak berasa terancamkah kita dengan peringatan2 yang telah sekian lama diperingatkan kepada kita.Isu Palestin bukan isu lama.Ia merupakan suatu agenda yang akan menyatukan umat Islam seluruh dunia.Mungkin kita tidak mampu berperang,tetapi menjadi kewajipan bagi kita untuk memberi penerangan kepada umat Islam yang lain akan perjuangan menyelamatkan Al-Quds ini.Alhamdulillah,kalau kita tengok mana2 blog,pasti akan menceritakan tentang isu Palestin ini.,tidak terkecuali blog ini.




Alhamdulillah,Pada kali ini ana telah menyertai Rapat Umum selamatkan Gaza!!.Ana bergerak dibawah angkatan Haluan.Memang dasyat sekali pada rapat umum ini dimana beribu-ribu umat Islam berkumpul seperti satu bala tentera yang sudah bersiap siaga untuk berperang menentang Yahudi Laknatullah.Perhimpunan ini turut disertai oleh beberapa Ketua Masyarakat dari PAS,PKR dan UMNO.Turut serta beberapa NGO seperti ABIM,ISMA,Aman Palestin dan lain2.

Kenapa Allah pilih Palestin,kenapa tidak kita di Malaysia,cuba kita fikirkan,kalau ditempat kita ada peperangan,mampukah kita berlawan,akan munculkah pejuang2 seperti di Palestin.Yang ada cuma mat rempit,mat pet,mat ganja dan lain2 mat lagi.

''Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mencegahnya dengan tangan,kalau tidak mampu dengan mulut,kalau tidak mampu lagi dengan hati,dan mengubah dengan hati merupakan selemah-lemah iman''(hadis Nabi S.A.W)

sama-samalah kita fikirkan,dimanakah tahap iman kita berada.Tentu sekali kita tidak mahu taraf selemah-lemah iman.

Hanya ada dua kesudahan..
mati syahid atau kemenangan.
Dengan Darah!
Dengan Nyawa!
Akan Kami bebaskan Al-Aqsa.

0 comments: