Hidup Untuk Hidup


Perjalanan ini sungguh memenatkan.Apa tidaknya,makin ke hujung semakin sukar.Sedangkan beban bertambah berat.Tanggungjawab semakin sarat.Tetapi adakah ada pilihan lain selain meneruskannya?Hidup selagi hidup.Jangan mati sebelum mati.Sering diri diperingatkan,kalau ada masalah di tengah jalan...teruskan perjalanan.Apabila yakin tujuan dan matlamat tidak sesat,soal kembali ke pangkal jalan tidak timbul.Ini jalan paling benar,walaupun jalan yang paling sukar.itulah jalan yang paling singkat walaupun terasa amat berat.


Hiduplah seperti orang yang bersedia untuk mati.InsyaAllah,menanti kau akan terus hidup walaupun sesudah mati.Justeru,banyak yang kau buat akan terus hidup selepas mati.Ingatkan diri selalu,bahawa hidup di dunia ini sangat penting kerana adanya hari akhirat.Sesungguhnya,hidup sebelum mati ini adalah bekal untuk hidup selepas mati.Katakan pada diri,hidup bukan sekali.Jadi,hiduplah selagi hidup....kerana hidup ini hakikatnya untuk HIDUP!!.

0 comments: