Ya Allah,Aku berlindung di bawah cahaya wajahmu yang mengubah gelap menjadi terang,dengan perintahnya alam ini dan alam akan datang dijadikan.Selamatkanlah aku daripada kemurkaan dan kemarahanmu.Kepadamu sahajalah terpulangnya hari pengadilan,azab yang ditimpakan sekiranya Engkau tidak suka atau tidak reda.Tidak ada upaya dan kekuatan selain kuasa dan kekuatanmu jua.
Ayah dan ibuku bertolak ke Mekah pada hari Jumaat 29/10/2008 pada pukul 1.00 pagi.Terasa sedih,gembira semua ada.Aku sedih kerana ayah dan ibu hendak pergi jauh dan meninggalkanku selama 40 hari.Adapun aku berasa syukur dan gembira kerana ayah dan ibu hendak menunaikan rukun islam yang ke-5.Hati terasa risau dan hendak menangis apabila melihat ayah dan ibu mula pergi ke Mekkah.Tetapi apa mampuku buat,cuma berd0a kepada Allah agar Allah menjaga keselamatan ibu dan ayah sepanjang berada disana.
Setiap hari aku berd0a agar ayah dan ibuku selamat dan mendapat haji mabrur.Namun aku berharap agar kalian juga mendoakan ayah dan ibuku serta semua para jemaah haji selamat sepanjang berada disana.Berada disana merupakan sesuatu yang amat sukar dan ia amat memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.Marilah kita sama-sama mend0akan mereka....
Aku SAYANG IBU dan AYAHKU !!!
0 comments:
Post a Comment