Kiriman Khas Untukmu..


kiriman untuk sapa agaknya?
cuba teka?
kalau betul dapat hadiah...
haha..
Kiriman ini khas untuk sahabat2 di SMik..

Di saat gersang jiwaku,
kau sirami muhasabah,
di saat tandus amalanku,
kau suburkan qudwah,
di saat gugur semangatku,
kau bajai quwwah..

2oo8 menjadi kenangan 2oo9 masih penuh misteri..
Alhamdulillah,aku berjaya juga bersekolah di MATRI..
sedih jugakla sebab kena berpisah dgn kawan2 lama..
Tapi apa nak buat..

saat berpisah pasti bertandang,
wajah kan sugul kepayahan,
lafaz kan tenat kelukaan,
sesungguhnya teman,
air mata perpisahan itu,
sejernih embun di dedaun,
Bak mutiara berkilauan,
Menyingkap rahsia keikhlasan..

Yang penting belajar..
betul x?
boleh tambah kawan kat MATRI nanti..
Sebab itu kita kena ikhlas belajar ni,
kerana Allah semata-mata,
Keikhlasan itu ibarat semut hitam,
di atas batu hitam,
di dalam gua,
pada malam yang gelap gelita,
ia ada cuma tidak boleh nampak..

Aku doakan kawan2 di SMik berjaya..
Jangan lupakan aku dalam doa kalian,
Kem salam kat semua F4,
Jangan Lawan cikgu..
hehe..

Teringat pulak kepada
2 orang kawan baik aku,
Safwan dan Nasruddin,
menyesal sesangat x dapat bimbing korang,
tapi,korang yang bimbing aku..
Tidak lupa juga kepada Taufik,
sahabat setia dikala suka dan duka..hehe
Semoga antum di redhai Allah..

Teruja aku pada kata-kata
Imam al-Ghazali yang mulia:

''Ukhuwah itu bukan pada indahnya
pertemuan,tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya
di dalam doa.''

Kuharapkan mekar di hati,
Agar persahabatan suci ini,
kan terus mantap,
Menjadi syafaat,
terukir indah,
Di pintu Jannah!

Tentera Muhammad Akan Kembali !!



Insya-Allah,ini dia bakal Salahuddin yang kedua.



Saya mulakan dengan beberapa potong hadis dan ayat2 Al-quran yang bernada ancaman kepada orang-orang tertentu.

''Barangsiap yang tidak peduli akan urusan umat Islam,maka dia bukanlah dari golongan kami''(Hadis Nabi S.A.W)

''Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahannam kebanyakan dari jin dan manusia,mereka mempunyai hati,tetapi tidak dipergunakan untuk memahami(ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata(tetapi) tidak dipergunakanya untuk melihat(tanda-tanda kekuasaan Allah),dan mereka mempunyai telinga(tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar(ayat-ayat Allah).Mereka itu sebagai binatang ternak,bahkan mereka lebih sesat lagi.Mereka itulah orang-orang yang lalai''(Al-A'raf,ayat179).


Tidak berasa terancamkah kita dengan peringatan2 yang telah sekian lama diperingatkan kepada kita.Isu Palestin bukan isu lama.Ia merupakan suatu agenda yang akan menyatukan umat Islam seluruh dunia.Mungkin kita tidak mampu berperang,tetapi menjadi kewajipan bagi kita untuk memberi penerangan kepada umat Islam yang lain akan perjuangan menyelamatkan Al-Quds ini.Alhamdulillah,kalau kita tengok mana2 blog,pasti akan menceritakan tentang isu Palestin ini.,tidak terkecuali blog ini.




Alhamdulillah,Pada kali ini ana telah menyertai Rapat Umum selamatkan Gaza!!.Ana bergerak dibawah angkatan Haluan.Memang dasyat sekali pada rapat umum ini dimana beribu-ribu umat Islam berkumpul seperti satu bala tentera yang sudah bersiap siaga untuk berperang menentang Yahudi Laknatullah.Perhimpunan ini turut disertai oleh beberapa Ketua Masyarakat dari PAS,PKR dan UMNO.Turut serta beberapa NGO seperti ABIM,ISMA,Aman Palestin dan lain2.

Kenapa Allah pilih Palestin,kenapa tidak kita di Malaysia,cuba kita fikirkan,kalau ditempat kita ada peperangan,mampukah kita berlawan,akan munculkah pejuang2 seperti di Palestin.Yang ada cuma mat rempit,mat pet,mat ganja dan lain2 mat lagi.

''Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mencegahnya dengan tangan,kalau tidak mampu dengan mulut,kalau tidak mampu lagi dengan hati,dan mengubah dengan hati merupakan selemah-lemah iman''(hadis Nabi S.A.W)

sama-samalah kita fikirkan,dimanakah tahap iman kita berada.Tentu sekali kita tidak mahu taraf selemah-lemah iman.

Hanya ada dua kesudahan..
mati syahid atau kemenangan.
Dengan Darah!
Dengan Nyawa!
Akan Kami bebaskan Al-Aqsa.

Saya Benci Israel !!-9 Jan



''Barangsiapa yang tidak peduli akan urusan umat islam,maka dia bukanlah dari golongan kami''(hadis Nabi S.A.W).

Pada hari ini saya telah menyertai satu demonstarsi mengutuk kekejaman Yahudi Laknatullah.
Perhimpunan ini disertai oleh umat islam dari seluruh genap Kuala Lumpur.Kami telah berarak dari Jalan Tun Razak ke kedutaan Amerika.Bila dah sampai ke kedutaan Amerika rasa macam nak baling bom pulak.Memang panas hari itu sebab matahari memancar dengan teriknya,namun ia tidak sedikitpun melemahkan semangat kami untuk berjuang.

Tiba-tiba,aku ternampak seorang budak yang sangat2 comel didukung ayahnya sambil memengang senjata.Memang syahdu bila aku tengok,rasa macam nak nangis.Walaupun bukan senjata betul,walaupun dia belum mengerti,walaupun dia seorang budak comel,tengoklah semangat yang ingin ditunjukkan agar kita terus berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir.

Berita Gembira

Alhamdulillah..berkat usaha..berkat doa kalian
serta rahmat yang dikurniakan Allah.

Tanggal 30 disember 2008 menjadi sejarah dalam hidupku,
Tepat pada pukul 11.30 pagi,
aku menanti penuh debaran,
penuh kesabaran,
penuh kerisauan,

Pada hari itu,aku sebagai cal0n PMR,
dikejutkan dengan satu berita yang menggegarkan seluruh dunia,
Aku p0n x tau nak percaya ke x,
tapi aku harus terima hakikatnya,
Alhamdulillah,Allah bagi hamba-Nya yang hina ini,
keputusan yang agak cemerlang,
keputusan yang tidak disangka,
Alhamdulillah..9A,

Walaupun x dapat apa2 hadiah..
Aku tetap bersyukur,
dan yang pastinya,
Aku akan memberi satu lagi kejutan..
Pada SPM kelak..
Insya-Allah..

Tidak lupa juga kepada murabbi2 yang mengajar saya,
Yang sanggup berkorban masa dan tenaga,
tidak kira siang atau malam,
Jutaan terima kasih diucapkan,
Sem0ga Allah merahmati kamu..

Dan juga kepada kawan2 yang dirindui,
yang sentiasa memberi semangat,
memimpin aku ketika jatuh..hihi,
Sem0ga kalian berjaya dunia akhirat..

Erm..dekat sek0lah aku iaitu di Smik,
ade enam orang dapat 9A,
4 Lelaki,
2 Perempuan,

Lelaki:
1)Arif Rabbani
2)Abdullah Abrar
3)Luqman Shamsuddin
4)Ana

Perempuan:
1)Syazwani Hamdan
2)Afnan

Yang penting lelaki menang ke atas perempuan..haha.

Reuni0n Kami





Alhamdulillah,pada tahun ini berjaya jugak kami membuat reunion.Destinasi pilihan kali ini ialah di Raub,Pahang.Tempat ini agak berbeza dengan reunion pada tahun-tahun lepas dimana destinasi kali ini lebih menarik dan mencabar,sesuai untuk golongan lelaki.Kami merupakan pelajar2 lepasan Sekolah Rendah Ibn Kathir badge yang ke-?....dah lupa.Bilangan kami sungguh kecil,pada tahun enam sahaja pelajar lelaki hanya seramai 7 orang,perempuan plak seramai...dah lupa.Agak sedih jugak kerana pada siri reunion kali ini terdapat beberapa sahabat tidak dapat ikut serta disebabkan beberapa faktor yang tidak duketahui..haha.Mereka ialah Azfar,A.Rahman dan Naufal.

Bagaimanapun,tanpa diundang Aslam telah j0in kami...haha.Dia ni kawan baru kami.Ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki dia tempat ini.Tempat yang dimaksudkan ialah Kela Adventure camp,dimana pelbagai aktiviti lasak disediakan seperti berakit.Tempat ini juga merupakan kampung halaman ustaz tercinta kami iaitu ustaz Abdul Fattah.Erm..sebenarnya kami tak dapat pon naik rakit..haha,disebabkan kos yang terlalu mahal.Tetapi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pakcik yang menguruskan tempat ini kerana memberikan layanan yang istimewa dan memberi kami makan tanpa sebarang bayaran.
Pakcik yang baik ini telah memberi kami sebuah donut besar yang mampu memuatkan lima orang pada satu-satu masa...haha,sebagai ganti bagi rakit.Erm..best jugak naik donut besar tu.

Pada malam hari plak,tiada sebarang aktiviti.Cuma berehat di pondok sambil menikmati makanan ringan yang dibawa dari rumah dan bersembang-sembang tentang diri masing-masing.Suhu dekat sini boleh dikatakan seperti cameron highland kot.Memang sejuk.

Lupa plak nak bagi tau tentang guru pengiring kami.Guru pengiring kami tidak lain dan tidak bukan U.khairan bersama temannya U.fadhil.U.khairan ni memang seorang guru yang peramah dan baik hati tetapi agak tegas dan sempoi...hehe.U.khairan akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun hadapan.Kami d0akan beliau bahagia selamanya.

Semoga dengan program ini dapat mengeratkan lagi ukhwwah diantara kita,
walau dimanapun kita belajar dan berada,
selagi ia kekal di dalam d0a,
ia kekal abadan abada..

Khas buat teman2ku yang dirindui..

Azfar-Berniaga
Naufal-MATRI
Huzaifah-MATRI
A.Rahman-Maahad Darul Anuar
Syukri-MRSM
Wafiy-SAMBEST
IslamiBaik-???

p/s:Kepada tuutt.. jgn jelezzz..haha

J0m b0ikot beramai-ramai !!



Brands and labels to boycott:

1.
Fast Food
- Mc Donald's
- KFC

2.
Beverages, Drinks
- Coca-cola
- Dr.
Pepper
- Fanta
- Sprite
- Schweppes
- Lilt
- Fruitopia
- Sunkist
- Kia Ora Fruit Squashes

3.
Food, Snacks
- Buitoni
- Danone
- Perrier
- Libby's
- Maggi
- Nestlé
- Shreddies cereal
- Nestlé KitKat
- Vittel

4.
Consumer Products (Tissue, Diapers)
- Kimberly-Clark
- Kotex
- Huggies
- Kleenex

5.
Cosmetics, Body Care
- Biotherm
- Sanex
- Garnier
- Clinique
- Helena Rubinstein (HR)
- L'oréal Paris
- Origins Natural Resources
- Maybelline
- La Roche-Posay
- Redken 5th Avenue NYC
- Vichy
- Johnson & Johnson
- Revlon
- Brylcreem

6.
Perfumes, Fashion, Cosmetics
- Boss (Hugo Boss)
- Calvin Klein
- Lancôme Paris
- Giorgio Armani
- Estée Lauder
- Tommy Hilfiger
- Donna Karan New York (DKNY)
- Ralph Lauren

7.
Fashion, Clothing
- Aramis
- Prescriptives
- La Mer
- Bumble and Bumble
- Jo Malone
- Kate Spade
- River Island
- GAP
- JC Penney
- Timberland
- J.
Crew

8.
Sportswear
- Champio

Kalaulah Aku..



Kalaulah aku seorang pemimpin dunia,
akan aku bantumu hingga ke titisan darah,

Kalaulah aku seorang panglima tentera,
akan aku kerahkan semua tentera berjuang bersama,

Kalaulah aku seorang hartawan atau jutawan,
akan aku infaqkan seluruh hartaku kepadamu,

kalaulah aku seorang yang dewasa,
akan aku pergi berjuang merasa derita,

Maafkan aku Palestina,
Aku hanya Mampu berD0a,

Maafkan aku Palestina,
aku hanya mampu memb0ikot,

Maafkan aku Palestina,
aku hanya mampu menulis,

Sedangkan aku nyeyak tidur,
Kamu tidak bisa tidur walau sesaat,

Diatas tilam yang empuk,
Kamu tidur diatas hamparan tanah yang keras,

bantal yang lembut,
Kamu merasa sakit2 tengkuk,

Dibuai mimpi indah yang mengasyikkan,
Kamu dibedil peluru-peluru tidak bermata,

Tetapi yakinlah bahawa pertolongan Allah pasti datang,
Kami akan sentiasa mendoakan kamu,
Melakukan yang terbaik dan termampu,

Maafkan Aku Palestina..