C0baan


Ape guna hidup kalau kita tidak diuji 0leh ALLAH?.Pada hari ini sepatutnya aku kena pergi ke kem.Tetapi malang tidak berbau,aku yang sepatutnya pergi ke sekolah dan berkumpul di sana pada pukul 9 pagi tidak dapat hadir.Aku telah berjanji dengan huzai untuk tumpangnya pulang ke sek0lah pada pukul 11 malam semalam.Tetapi ia ditangguh selepas subuh memandangkan ayah dia keletihan.0leh itu,sebelum tidur aku 'set' jam pada pukul 5 pagi untuk bersiap sedia lebih awal.Tetapi apakan daya,dah tidur mati,aku terjaga pada pukul 7 pagi.Astagfirullah hal azim...aku bingkas bangun mengambil wudhuk lalu segera menunaikan s0lat fardhu subuh.


Tiba-tiba,handphone aku berbunyi...oh huzai call.Huzai kata dia dah bert0lak pergi ke sek0lah dah nak sampai dah p0n.Aku mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Huzai.Tetapi,bukan salah dia pon,aku yang salah sebenarnya.Takpe2 aku menganggap ini adalah ujian dari Allah.Kita merancang tetapi Allah sebaik-baik perancang.Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini.Macam mana aku nak pergi ni?pelbagai idea gila timbul di k0tak fikiran aku.Aku ingat nak naik m0t0 ja pergi sana,alah...bukan jauh p0n dari rumah aku.Erm..tapi gila-gila p0n mesti tanya abang aku dulu.


Alhamdulillah,akhirnya Allah telah memberi jalan penyelesaiannya.Abang aku cakap dia b0leh hantar aku pergi ke sana.Lepas z0hor dia cakap dia balik ke rumah.Kesianla juga kat abang aku kena ulang-alik ke MIAT.Jarak masa tempat abang aku belajar dari rumah mengambil masa kurang lebih 1 jam perjalanan.Baik tak abang aku..haha.Tak kisahla lewat sampai.Asalkan b0leh ikut program,terisi la sikit roh aku ini.


0leh itu,setiap kejadian pasti ada hikmahnya.Jangan cepat marah dan mesti selalu berfikiran p0sitif.Kalau ditimpa kesusahan,jangan putus d0a kita kepada ALLAH,kerana disitulah tempat kita bergantung.Wallahua'lam

J0m s0lat Subuh berjemaah


Orang Yahudi hanya akan takut pada orang Islam jika jumlah orang Islam yang menunaikan fardhu subuh secara bejemaah di masjid seperti pada hari jumaat.0leh itu saya menyeru semua saudara dan saudari,mari kita s0lat subuh di masjid atau surau.IKhlaskan hati,tingkatkan iman insyaAllah kita akan berjaya.Bagi kaum hawa,s0lat di rumah lebih baik.

D0a Ayah iBu dapat Haji Mabrur







Ya Allah,Aku berlindung di bawah cahaya wajahmu yang mengubah gelap menjadi terang,dengan perintahnya alam ini dan alam akan datang dijadikan.Selamatkanlah aku daripada kemurkaan dan kemarahanmu.Kepadamu sahajalah terpulangnya hari pengadilan,azab yang ditimpakan sekiranya Engkau tidak suka atau tidak reda.Tidak ada upaya dan kekuatan selain kuasa dan kekuatanmu jua.






Ayah dan ibuku bertolak ke Mekah pada hari Jumaat 29/10/2008 pada pukul 1.00 pagi.Terasa sedih,gembira semua ada.Aku sedih kerana ayah dan ibu hendak pergi jauh dan meninggalkanku selama 40 hari.Adapun aku berasa syukur dan gembira kerana ayah dan ibu hendak menunaikan rukun islam yang ke-5.Hati terasa risau dan hendak menangis apabila melihat ayah dan ibu mula pergi ke Mekkah.Tetapi apa mampuku buat,cuma berd0a kepada Allah agar Allah menjaga keselamatan ibu dan ayah sepanjang berada disana.






Setiap hari aku berd0a agar ayah dan ibuku selamat dan mendapat haji mabrur.Namun aku berharap agar kalian juga mendoakan ayah dan ibuku serta semua para jemaah haji selamat sepanjang berada disana.Berada disana merupakan sesuatu yang amat sukar dan ia amat memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.Marilah kita sama-sama mend0akan mereka....



Aku SAYANG IBU dan AYAHKU !!!






Hidup Untuk Hidup


Perjalanan ini sungguh memenatkan.Apa tidaknya,makin ke hujung semakin sukar.Sedangkan beban bertambah berat.Tanggungjawab semakin sarat.Tetapi adakah ada pilihan lain selain meneruskannya?Hidup selagi hidup.Jangan mati sebelum mati.Sering diri diperingatkan,kalau ada masalah di tengah jalan...teruskan perjalanan.Apabila yakin tujuan dan matlamat tidak sesat,soal kembali ke pangkal jalan tidak timbul.Ini jalan paling benar,walaupun jalan yang paling sukar.itulah jalan yang paling singkat walaupun terasa amat berat.


Hiduplah seperti orang yang bersedia untuk mati.InsyaAllah,menanti kau akan terus hidup walaupun sesudah mati.Justeru,banyak yang kau buat akan terus hidup selepas mati.Ingatkan diri selalu,bahawa hidup di dunia ini sangat penting kerana adanya hari akhirat.Sesungguhnya,hidup sebelum mati ini adalah bekal untuk hidup selepas mati.Katakan pada diri,hidup bukan sekali.Jadi,hiduplah selagi hidup....kerana hidup ini hakikatnya untuk HIDUP!!.