Ittaqullah !!


Haa..ini saya yg sedang memberi khutbah memakai jubah yang dikirim oleh ayah tercinta dari mekah kepada penduduk kampung Parit Tengah.Agak syahdu pada pagi raya ini kerana tidak dapat menyambutnya bersama ayah dan ibu tercinta kerana mereka sedang menunaikan haji,huhu.Alhamdulillah pada tahun ini saya diberi peluang untuk membaca khutbah.Sebenarnya atuk saya merupakan nazir surau ini,namun atas faktor usia beliau tidak lagi mempunyai kudrat.0leh itu tugas ini diberi kepada cucu-cucunya yang tercinta.
Memang saya bukanlah orang yang selayaknya berada ditempat itu,namun saya suka mengulangi kata-kata Saidina Ali yang berbunyi'Janganlah kamu melihat kepada siapa yang menyampaikan,tetapi lihatlah apa yang hendak disampaikan'.
Sebenarnya,sebelum ini abang-abang saya telah pun membaca khutbah,kini tiba pula giliran saya.Gementar?..fuh..mestila.Ini ada sedikit tips nak hilangkan gementar:-
1)Lancarkan atau berlatih sebelum berkhutbah.
2)Think P0sitive..SAYA BOLEH !
3)Ikhlaskan niat
Di kesempatan ini juga,saya ingin mengucapkan Salam Eid Adha maaf zahir dan batin kepada semua pembaca setia bl0g ini..hihi.Sem0ga kalian sentiasa berada diatas jalan-Nya.Sebelum mengundurkan diri,terimalah sep0t0ng pantun dari saya
tangan kuhulur tk kesampaian,
senyum kuukir tk kelihatan,
pantun kukirim tanda ingatan,
di aidiladha kita bermaafan..,
dalam kerendahan hati,ada ketinggian budi..,
dalam kemiskinan harta,ada kekayaan jiwa..,
dalam gurau senda ada khilaf dan dosa,
salamku kirim sebagai tanda,
selamat hari raya aidiladha,
maaf zahir dan batin buat semua...
Sem0ga dengan pengalaman ini dapat menjadikan saya se0rang yang berguna kepada Islam serta membakar semangat antum diluar sana.

0 comments: