Jangan biar ia berhenti !


Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.








Betapa hebatnya kekuasaan Allah.MasyaAllah,Azan sebenarnya tidak pernah berhenti dilaungkan,ia sentiasa bergema di setiap pelosok dunia.Ia disambung dari satu tempat ke suatu tempat yang lain.Jika ia berhenti dilaungkan,itu merupakan salah satu dari tanda-tanda kiamat.oleh itu,marilah kita menyahut seruan Allah dengan segera pergi ke surau atau masjid yang terdekat.

Sejarah Azan:-

Dari Abdullah, dia berkata bahawa Nabi saw memerintahkan supaya menggunakan loceng untuk menyeru manusia mengerjakan solat. Di dalam tidur, saya bermimpi, seorang lelaki melintas di hadapan saya dengan membawa sebuah loceng di tangannya. Saya berkata kepadanya, “wahai hamba Allah apakah kamu mahu menjual loceng ini?” Dia menjawab, “mahu saudara gunakan untuk apa?” Saya menjawab, “untuk saya gunakan memanggil orang mengerjakan solat.” Dia berkata, “apakah saudara mahu saya tunjukkan cara yang lebih baik?”.Saya menjawab, “baiklah, terima kasih.” Dia berkata, “ Allaahu Akbar, Allaahu Akbar ………………”.hingga akhir lafaz azan. Kemudian dia pergi tidak jauh dari saya dan berkata lagi, “bila akan dilaksanakan solat, berkatalah, Allaahu Akbar, Allaaahu Abkar ………………” .hingga akhir lafaz iqaamah.“ Demikianlah, setelah pagi,saya datang berjumpa Rasulullah saw. dan memberitahu mimpi tersebut.Rasulullah saw bersabda, “benarlah , itu adalah mimpi yang benar dari Allah, Insya Allah. Temuilah saudara kamu Bilal dan sampaikan mimpi kamu itu kepadanya supaya dia melakukan azan seperti mana dalam mimpi mu itu kerana dia mempunyai suara yang lebih keras dari kamu.” Saya pun menemui Bilal dan memberi tahu mimpi tersebut lalu dia pun mengumandangkan azan.”“Apabila Saiyiddina Umar yang berada di rumahnya mendengar azan Bilal lalu keluar dengan pakaian berjelai dan berkata, “ Ya Rasulullah (saw), Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan membawa kebenaran, benar-benar saya pun bermimpi seperti mana mimpi Abdullah bin Zaid.” Baginda saw menjawab, “Alhamdulillah.”Dikatakan bahawa belasan sahabat Nabi yang bermimpi dengan mimpi yang sama dengan mimpi Abdullah bin Zaid.

Ittaqullah !!


Haa..ini saya yg sedang memberi khutbah memakai jubah yang dikirim oleh ayah tercinta dari mekah kepada penduduk kampung Parit Tengah.Agak syahdu pada pagi raya ini kerana tidak dapat menyambutnya bersama ayah dan ibu tercinta kerana mereka sedang menunaikan haji,huhu.Alhamdulillah pada tahun ini saya diberi peluang untuk membaca khutbah.Sebenarnya atuk saya merupakan nazir surau ini,namun atas faktor usia beliau tidak lagi mempunyai kudrat.0leh itu tugas ini diberi kepada cucu-cucunya yang tercinta.
Memang saya bukanlah orang yang selayaknya berada ditempat itu,namun saya suka mengulangi kata-kata Saidina Ali yang berbunyi'Janganlah kamu melihat kepada siapa yang menyampaikan,tetapi lihatlah apa yang hendak disampaikan'.
Sebenarnya,sebelum ini abang-abang saya telah pun membaca khutbah,kini tiba pula giliran saya.Gementar?..fuh..mestila.Ini ada sedikit tips nak hilangkan gementar:-
1)Lancarkan atau berlatih sebelum berkhutbah.
2)Think P0sitive..SAYA BOLEH !
3)Ikhlaskan niat
Di kesempatan ini juga,saya ingin mengucapkan Salam Eid Adha maaf zahir dan batin kepada semua pembaca setia bl0g ini..hihi.Sem0ga kalian sentiasa berada diatas jalan-Nya.Sebelum mengundurkan diri,terimalah sep0t0ng pantun dari saya
tangan kuhulur tk kesampaian,
senyum kuukir tk kelihatan,
pantun kukirim tanda ingatan,
di aidiladha kita bermaafan..,
dalam kerendahan hati,ada ketinggian budi..,
dalam kemiskinan harta,ada kekayaan jiwa..,
dalam gurau senda ada khilaf dan dosa,
salamku kirim sebagai tanda,
selamat hari raya aidiladha,
maaf zahir dan batin buat semua...
Sem0ga dengan pengalaman ini dapat menjadikan saya se0rang yang berguna kepada Islam serta membakar semangat antum diluar sana.